Saturday 8 June 2013

Tun Hussein Onn



Tun Hussein bin Dato’ Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapaiperpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai “Bapa Perpaduan”.

Tun Dr Mahathir



Menyorot tarikh bersejarah negara pada 28hb. Februari 1991 dalam menyingkap ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 semasa beliau memperkenalkan Wawasan 2020 di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia, beliau telah mencetuskan hasrat untuk menaik taraf status Malaysia daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ucapatama beliau itu telah melahirkan salah satu falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap perkembangan dan pembangunan pendidikan negara selama 22 tahun perkhidmatan beliau sebagai tonggak pemimpin negara. 

Rentetan dari cetusan idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merealisasikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 melalui Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah membangunkan satu kerangka (framework) perlaksanaan pelan tindakan melalui pembangunan sumber manusia yang komprehensif melalui prosess pendidikan kepada semua peringkat golongan di Malaysia terutamanya kaum Bumiputra khasnya masyarakat Melayu.

Betapa kita tidak boleh menafikan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam bidang pendidikan. Malahan beliau telah memberi rangsangan kepada rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu di dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-40 pada 1991 supaya sentiasa berusaha melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul dalam jiwa masing-masing. Ujar beliau, jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahu pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani.

Bapa Kemerdekaan - Tunku Abdul Rahman


Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.


Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).


Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.


Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Laluan Ke Kemerdekaan

Laluan ke kemerdekaan

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutuan yang pertama diadakan. Parti Perikatan pada saat itu merupakan parti campuran UM. UMNO dan MCA memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. 

Pada tahun 1955, Tunku membuat satu lagi perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturunkan di Kuala Lumpur pada hari Kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorok "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan rakaman-rakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.

 


Friday 7 June 2013

BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2012




Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa mereka yang layak untuk memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman bagi tahun 2012. Biasiswa ini dinamakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman, bagi mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama.
Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawar kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi untuk membolehkan penerima mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.


Syarat Asas

  • - Warganegara Malaysia.
  • - Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.


Kelayakan Akademik

  • - Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi yang lulus minimum PNGK 3.75. Pemberian biasiswa tertakluk kepada pemohon diterima masuk IPT tempatan dalam negara.
  • - Pemohon juga dibuka kepada pelajar yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam negara jika mencapai minimum PNGK 3.75 dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
  • - Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.


Ko-kurikulum

  • Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah / universiti).


Syarat Tambahan

  • Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.


Kadar Biasiswa

  • Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa. Pemberian Biasiswa Tunku Abdul Rahman ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman.

  • Permohonan
  • - Permohonan adalah dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Borang boleh dimuat turun di Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
  • - Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen sokongan yang berkenaan perlu dihantar ke alamat berikut : Yayasan Tunku Abdul Rahman, A-10-10, Menara UOA Bangsar, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur